Home » » WhatsApp Perkenal Mesej Suara

WhatsApp Perkenal Mesej Suara

Barcelona: Perkhidmatan mesej popular untuk telefon pintar, WhatsApp , tidak lama lagi menawarkan kemudahan panggilan suara.

WhatsApp voice calling

Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Jan Koum berkata perkhidmatan panggilan suara itu akan mula disesuaikan untuk telefon Android dan iPhone musim panas ini sebelum diikuti untuk telefon BlackBerry, Microsoft dan Nokia.

“Kami akan memperkenalkan mesej suara dalam WhatsApp pada suku kedua tahun ini,” katanya di sebuah kongres dunia semalam.

Kata Koum, dia yakin perkhidmatan itu adalah yang terbaik berbanding produk lain.

“Kami menggunakan jalur lebar paling kecil,” katanya.

Ketika ini WhatsApp memang mempunyai fungsi suara tetapi cuma dalam bentuk rakaman.

Kali ini ia dicipta supaya dapat berfungsi secara langsung. -AP

0 comments:

Post a Comment