London: Seorang lelaki merakamkan dirinya menelan tiga ikan emas hidup-hidup dalam pertandingan ‘NekNominate’ yang kini menjadi kegilaan di Internet.
Lelaki itu yang dipercayai berasal dari Derby dilihat minum air menjijikkan iaitu campuran arak, telur mentah, minyak enjin dan air kencingnya sendiri di dalam gelas bersaiz besar.
Dalam video itu, dia dilihat memakai hanya seluar dalam dan tali leher kupu-kupu sambil tersenyum kepada kamera yang merakamkannya.
Aksinya itu dipuji penonton, malah mereka bersorak memberi sokongan.
Seorang daripada mereka berkata: “Sudah agak, mesti kamu boleh lakukannya. Ikan itulah senjata rahsia kamu!”
Sementara itu seorang lagi mengakui hampir termuntah melihat aksi lelaki terbabit dan menggelarnya yang paling teruk disaksikan setakat ini.
Pertubuhan RSPCA sebelum ini mengutuk trend yang dianggapnya dahsyat dan gila selepas menerima pelbagai aduan mengenai pengguna Internet menelan ikan hidup yang dirakamkan dan dimuat naik ke pelbagai laman web.
“Trend terbaru ini amat mengejutkan dan kami bimbang dengan jumlah laporan diterima mengatakan ia turut membabitkan haiwan. Lebih teruk lagi, mungkin ramai lagi di luar sana yang melakukan lebih teruk kepada haiwan namun tidak dilaporkan.
“Tindakan memakan haiwan hidup dan memuat naik aksi itu di Internet bukannya jenaka biasa. Ia perbuatan yang tidak dapat diterima kerana memberi mesej bahawa tidak salah bertindak kejam terhadap haiwan asalkan untuk hiburan,” kata saintis hidupan liar Nicola White.
“Kami menggesa orang ramai tidak melakukan kekejaman seperti itu dan melaporkan kepada kami jika mengetahui sesiapa mengambil bahagian,” kata saintis hidupan liar Nicola White.
NekNominate adalah trend baru yang melihat pengguna Internet merakamkan diri mereka minum minuman beralkohol dalam kuantiti banyak selain melakukan pelbagai perkara pelik lain.
Baru-baru ini dua pemuda di Ireland maut ketika melakukannya. -AFP

0 comments:
Post a Comment