Ahli psikologi mendakwa bermain Tetris mampu mengurangkan keinginan untuk makan terutamanya kepada mereka yang sedang mengamalkan diet.
Dengan hanya bermain permainan klasik itu selama tiga minit, ia akan menjadikan pengguna leka sekali gus mengganggu otak supaya tidak memikirkan tentang sebarang makanan ringan mahu pun rokok.
Penyelidik dari Universiti Plymouth, Jackie Andrade berkata, hasil kajian mendapati ia juga merupakan kaedah yang cepat bagi mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok atau mengambil minuman keras.
"Walaupun bermain Tetris dalam tempoh yang pendek, namun ia mampu mengalihkan perhatian dan menghalang fikiran daripada memikirkan imej makanan yang menarik.
"Tanpa imej tersebut, maka keinginan untuk makan akan pudar," katanya.
Selain itu, laporan dipetik dari Daily Mail, beberapa individu yang mengambil bahagian dalam kaji selidik dijalankan universiti tersebut turut mengalami 24 peratus kurang keinginan makan selepas bermain Tetris berbanding bermain permainan lain. -Sinar Online

0 comments:
Post a Comment