Empat remaja terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki didakwa menyeksa dua remaja dengan memukul, menembak dan menoreh dahi menggunakan pisau pemotong kotak.
Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan.
Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.
Menurut laporan nydaily,dia kemudiannya ditahan tiga remaja lelaki sebelum dipukul dengan besi di kepala sebaik sahaja masuk ke dalam bangsal.
Selepas itu mangsa diarahkan membuka baju dan salah seorang suspek Christian Kalmbach, 15, menembak mangsa di dada, pangkal paha dan jari telunjuk.
Tidak cukup dengan itu, Kalmbach juga menoreh dahi mangsa dengan pisau pemotong kotak dan membuat bentuk swastika.
Ketika ditanya apa yang diinginkan penyerang daripadanya, mereka menuntut Murrain memulangkan papan luncur dan duit. Kemudian poketnya diselongkar dan mereka merampas iPodnya .
Bagaimanapun, Murrain dapat melarikan diri dan sempat meminta bantuan dari sebuah bengkel kereta berdekatan sebelum dihantar ke Hospital OHSU.
Montgomery, Kalmbach, Jess Taylor, 17 dan Shane Connell, 14, didakwa melakukan serangan kelas kedua, penculikan kelas pertama, konspirasi jenayah untuk melakukan penculikan kelas pertama dan rompakan kelas pertama.

0 comments:
Post a Comment