Home » » Janda Paling Muda Di Iraq!

Janda Paling Muda Di Iraq!

Baghdad: Mahkamah di sini semalam membenarkan permohonan cerai seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki tua oleh bapanya.

Janda Paling Muda
Gambar hiasan.

Media tempatan semalam melaporkan, kes berkenaan menjadikan kanak-kanak terbabit janda termuda di Iraq.

Gadis itu membuat laporan terhadap bapanya kepada mahkamah di Nasiriyyah selepas dia dipaksa berkahwin walaupun masih bawah umur.

“Dia turut mengadu kepada mahkamah berkenaan seorang ustaz yang bersubahat dengan bapanya untuk mengahwinkannya.

“Mahkamah memutuskan untuk meluluskan permohonan cerai kanak-kanak itu,” lapor media tempatan.

Menurut sumber, setakat ini masih tidak diketahui sama ada bapanya dan ustaz terbabit dijatuhkan hukuman atau tidak tetapi mengikut undang-undang Iraq, mereka yang melangsungkan perkahwinan tanpa memaklumkan kepada mahkamah boleh dipenjara sekurang-kurangnya enam bulan. -Agensi

0 comments:

Post a Comment