Home » » Penjara 3 Tahun Curi Bayi

Penjara 3 Tahun Curi Bayi

Kombewa (Kenya): Sebuah mahkamah Kenya mengarahkan seorang wanita yang mencuri bayi di Hospital Kombewa dipenjara tiga tahun, semalam.


Majistret Angelo Kithinji berkata, Damaris Achieng didapati bersalah kerana mencuri bayi seorang wanita yang baru dikenalinya dalam kejadian bulan lalu.

Fakta kes menyatakan, pada 20 Januari lalu, Damaris yang sarat hamil mengalami kesakitan dan dikejarkan ke hospital daerah Kombewa.

Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital, dia berdepan komplikasi menyebabkan berlaku keguguran.

Keadaan itu menyebabkan dia tertekan.

Dalam keterangannya Damaris berkata, dia tidak sanggup pulang tanpa anak bersamanya.

Damaris kemudian berjaya memujuk seorang jururawat untuk membantunya mencuri bayi dari hospital dengan bayaran Sh20,000 (RM764).

Dia diperkenalkan dengan seorang wanita bernama Akinyi yang baru melahirkan anak dan dalam tempoh beberapa hari saja mereka menjadi kawan baik.

Suatu hari ketika Akinyi masuk ke bilik air untuk mandi, Damaris segera melarikan bayi rakannya itu.

Bagaimanapun disebabkan tindakannya yang terburu-buru itu, dia tercicir dokumen pengenalan dirinya memudahkan polis untuk mengesan lalu menahannya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment