London: Permohonan lelaki yang paling banyak mempunyai tatu di Britain untuk memperbaharui pasportnya ditolak disebabkan namanya yang luar biasa.
Mathew Whelan menukar namanya dua kali pada 2007 dan 2009. Kini dia menamakan dirinya “King of Ink Land King Body Art The Extreme Ink-Ite’.
Nama pelik itu tercatat pada lesen memandunya dan apabila dia memohon untuk memperbaharui pasportnya selepas membuat bayaran £72.50 (RM398), permohonannya ditolak.
Whelan, 34, yang dikenali sebagai “Body Art” membelanjakan £25,000 (RM137,475) untuk menutup 90 peratus badannya dengan tatu, termasuk mata putihnya.
Dia juga bercadang untuk membuat perjalanan ke luar negara kerana ditawarkan pekerjaan melakukan pengubahsuaian tubuh bersama MOD World International.
“Saya membuat permohonan untuk memperbaharui pasport kerana sudah tamat tempoh. Saya kemudian menerima panggilan daripada pegawai di jabatan pasport dan mereka kata ada masalah.
“Mereka berkata, permohonan saya ditolak oleh bahagian dasar jabatan berkenaan,” katanya. -MyMetro

0 comments:
Post a Comment