Home » » Parah Selepas Dihempap Wanita Jatuh Bangunan

Parah Selepas Dihempap Wanita Jatuh Bangunan

Beijing: Seorang ahli perniagaan China bertarung untuk hidup selepas seorang wanita menghempapnya setelah mangsa terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah.

Yu Li, 42

Yu Li, 42, pergi membeli-belah bersama tiga anak lelakinya di pusat beli-belah di Changsa, Hunan sebelum kepalanya dihempap wanita itu yang terjatuh dari tingkat lima.

Yu pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli hadiah Tahun Baru Cina bagi anak lelakinya.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, Yu berjalan menuju ke tangga bergerak. Wanita itu mati serta-merta, manakala Yu cedera parah.

“Pihak hospital memaklumkan keadaan Yu kritikal dan tidak diketahui sama ada dia akan hidup,” katanya.

Isteri Yu yang dikenali sebagai Yan memberitahu akhbar tempatan, suaminya sudah berjanji sejak seminggu lalu untuk membawa anak lelaki mereka ke pusat beli-belah.

Yan berkata, ketika polis menghubunginya agar mengambil anak lelakinya kerana suaminya cedera, dia menyangka ia gurauan.

Akhbar tempatan turut menyiarkan gambar kedua-dua mangsa terbaring di lantai selepas kejadian itu.

Anak lelaki Yu tidak cedera tetapi terkejut dengan apa yang berlaku turut diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada ibunya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment