Home » » Cuba Bunuh Suami Dengan Najis

Cuba Bunuh Suami Dengan Najis

Chandler (Arizona): Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya yang menjalani rawatan di hospital dengan memasukkan najis ke dalam saluran intravena.

Rose Mary Vogel

Polis di Phoenix berkata, Rose Mary Vogel ditangkap atas tuduhan membunuh selepas seorang jururawat mendapati wanita berusia 65 tahun memasang saluran intravena yang mengandungi bahan berwarna coklat pada suaminya.

“Ujian yang dilakukan di makmal hospital mendapati bahan coklat itu najis dan ia juga dikesan pada jarum suntikan yang ditemui dalam beg Rose,” kata sumber.

Polis berkata, wanita itu ialah bekas jururawat di hospital berkenaan.

Kejadian berlaku selepas lelaki berusia 66 tahun itu menjalani rawatan jantung. Dia bagaimanapun dikatakan tidak dalam bahaya.

Rose diikat jamin sebanyak AS$100,000 (RM320,000) sementara menanti untuk dihadapkan ke mahkamah. -AFP

0 comments:

Post a Comment