Beijing: Gara-gara hendak dilihat kaya, seorang lelaki meminjam wang 110,000 yuan (RM60,600) sebelum cuba membunuh diri selepas menyedari dia tidak mampu membayarnya semula.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yang, meminjam wang berkenaan dengan mengguna kad kreditnya supaya dia dilihat kaya oleh anggota keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Yang membelanjakan wang itu dengan berjudi bersama rakan serta membeli hadiah untuk anggota keluarga.
Menurutnya dia tidak menyedari jumlah yang dibelanjakannya sehingga menerima mesej daripada bank.
Kerana tidak layak untuk meminjam lebih banyak dan menyedari dia tidak mampu melangsaikan hutangnya, Yang memilih untuk membunuh diri.
Semalam, lelaki itu terjun di sebuah sungai di Fuzhou tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki tua yang berenang di situ ketika kejadian. -AFP
Gambar hiasan.

0 comments:
Post a Comment