Mexico: Nelayan yang dijumpai hidup walaupun hanyut 13 bulan di Lautan Pasifik diminta pulang ke Mexico bagi menjelaskan mengenai kematian lelaki muda yang menemaninya, kata keluarga mangsa.
Jose Salvador Alvarenga memberitahu, wartawan lelaki muda yang menemaninya itu mati kelaparan kerana memuntahkan semula ikan mentah dan burung yang dimakannya.
Kami mahu tahu apa perkara akhir diberitahu kepada lelaki ini dan apa dilakukannya dengan jasad adik kami, kata Romeo Cordoba Rios, abang mangsa.
Namun, keluarga mangsa memberitahu AFP di negeri selatan Chiapas bahawa mereka tidak mempercayainya. Lelaki yang menemani Alvarenga ialah Ezequiel, 24.
“Kami mahu Alvarenga pulang. Kerajaan perlu membawanya pulang,” kata abang Ezequiel, Romeo Cordoba Rios sambil menambah ibunya sudah melakukan permohonan kepada kementerian luar Mexico.
Keluarga itu, bagaimanapun, tidak mahukan siasatan jenayah terhadap Alvarenga. “Ia adalah kemalangan kerja,” kata abang mangsa.
“Satu-satunya perkara yang kami mahu tahu apakah perkara akhir yang diberitahu kepada lelaki ini dan apa dilakukannya dengan jasad adik kami,” katanya sambil menambah ibu masih meratapi pemergian adiknya itu.
Alvarenga, 37, adalah orang asli El Savador yang tinggal di Mexico sehingga hanyut ke Kepulauan Marshal minggu lalu.
Pegawai rasmi Kepulauan itu berkata, Alvarenga akan terbang ke Hawaii, sebelum ke El Savador untuk ke Mexico.
Keluarga itu berkata, Ezequiel tidak begitu mengenali Alvarenga dan membuat keputusan saat akhir menyertainya dalam bot kecil pada 2012. -AFP

0 comments:
Post a Comment