Home » » ‘Ciuman Ikhlas, Bunga Sudah OK’

‘Ciuman Ikhlas, Bunga Sudah OK’

London: Kaum lelaki tidak perlu bersusah payah mencari hadiah terbaik untuk kekasih atau pasangan masing-masing sempena Hari Valentine kerana kajian menunjukkan kebanyakan wanita menganggap ciuman ikhlas lebih bermakna.

Ciuman Hari Kekasih

Kajian firma AXA membabitkan 5,000 orang responden menunjukkan satu dalam 10 lelaki membeli hadiah untuk Hari Valentine kerana menganggapnya satu tanggungjawab.

Sebaliknya, wanita yang diselidik rata-rata tidak meminta hadiah mahal, malah 65 peratus lebih sukakan bunga berbanding 34 peratus yang mahukan pakaian dalam seksi.

Untuk sisi ‘malang’, kajian itu mendapati satu daripada lima wanita tidak pernah menerima bunga daripada pasangan mereka.

Wanita dan lelaki bagaimanapun sependapat ciuman sebelum ke tempat kerja sebagai rutin penting.

Selain itu, kad Valentine juga nampaknya tidak penting apabila lebih ramai wanita (63 peratus) lebih gemar menerima pesanan ringkas yang menggoda.

Menurut pakar psikologi Donna Dawson, kajian itu membuktikan perkara paling bermakna dalam hubungan sebenarnya tidak memerlukan pembiayaan.

“Tiada alasan untuk tidak menunjukkan betapa kita cintakan pasangan.

“Cukuplah usapan dan belaian selain melakukan sesuatu yang bermakna,” katanya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment