Home » » Tumpang Tidur Tikam Bayi

Tumpang Tidur Tikam Bayi

Niat baik seorang wanita Sharon Smith dan pasangan Guy Earwaker membenarkan jirannya menumpang tidur di rumah mereka berakhir dengan tragedi buruk apabila anak lelakinya Riley

Anwar Daniel Rosser

Turner, 4, maut selepas ditikam lebih 30 kali. Sharon membenarkan Anwar Daniel Rosser, yang mempunyai masalah mental tidur di rumahnya kerana menganggap lelaki itu tidak berbahaya selain berasa kasihan selepas dia diugut akan dipukul.

Pada kejadian tengah malam itu, suspek berusia 33 tahun menyelinap ke tingkat atas membawa empat bilah pisau bertindak menikam Riley hingga mati. Dia kemudiannya merangkak ke bilik Sharon yang terletak di sebelah bilik anaknya.

Keesokan harinya, Sharon terkejut apabila mendapati suspek tidur di lantai bersebelahannya.

Manakala, Earwaker menemui kanak-kanak malang itu berlumuran darah di atas katil dengan keadaan leher dikelar.

“Saya berharap untuk berkata 'tidak' ketika dia minta kebenaran untuk menumpang tidur pada malam itu. Dia memberitahu ada orang ingin memukulnya dan saya percaya kerana tidak ingin dia dipukul. Tetapi saya tidak tahu dia sebenarnya ada membawa pisau dan berniat untuk mencederakan kami.

“Saya berasa bersalah kerana disebabkan niat baik ingin membantu orang lain, ia mengorbankan nyawa anak saya dan saya kesal kerana dia terpaksa melalui semua ini,” katanya menurut laporan Mail Online.

Sharon berkata, dia seolah-olah serik untuk berbuat baik dengan orang lain kerana perasaan bersalah itu menghantuinya setiap hari.

Malah, dia juga menyifatkan tindakan suspek sebagai tidak boleh dimaafkan kerana telah memusnahkan hidupnya sekeluarga.

Anwar, seorang bekas tentera mengaku bersalah kerana membunuh di Bradford Crown Court.

0 comments:

Post a Comment