Ankara: Presiden Turki Abdullah Gul kehilangan puluhan ribu pengikut di Twitter selepas menandatangani penguatkuasaan undang-undang kontroversi yang mengukuhkan kawalan terhadap pengguna laman web.
Abdullah, pengguna aktif media sosial kehilangan hampir 80,000 pengikut selepas menghantar tweet menyatakan dia sudah meluluskan undang-undang berkenaan.
Abdullah berkata, kerajaan meyakinkannya yang dua akta dipertikaikan dalam undang-undang itu akan dipertimbangkan, yang dikatakan pembangkang dan kumpulan hak asasi sebagai melanggar kebebasan rakyat negara itu.
“Saya sedar dengan masalah itu terutama yang berkaitan dengan dua akta terbabit. Perkara itu akan dipertimbangkan dalam undang-undang baru,” katanya yang masih mempunyai 4.3 juta pengikut Twitter.
Bagaimanapun, tindakan Presiden Turki itu menimbulkan kemarahan kebanyakan pengguna di laman Twitter.
“Selamat pagi, perkara pertama yang perlu dilakukan hari ini ialah untuk tidak lagi menjadi pengikut @abdullahgul,” tulis seorang pengguna laman sosial, @mevan di laman Twitter miliknya.
“Presiden Gul meluluskan undang-undang Internet. Selamat datang ke era penapisan Internet,” tulis seorang lagi pengguna laman Twitter bernama @tanikunal.
Undang-undang berkenaan mencetuskan kemarahan bukan saja di negara itu tetapi juga di luar negara yang bimbang dengan tahap demokrasi di bawah pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan. -AFP

0 comments:
Post a Comment