Home » » Bunuh, Cincang Isteri Curang

Bunuh, Cincang Isteri Curang

Kaherah: Seorang lelaki Mesir berusia 20 tahun membunuh isterinya dan mengerat mayat mangsa.


Dia melakukan kekejaman itu selepas diberitahu anak lelakinya yang berusia dua tahun bahawa wanita terbabit membawa lelaki masuk ke rumah mereka ketika dia tiada.

Lelaki yang dikenali sebagai Nabil itu menunggu isterinya tidur sebelum mengambil penukul dan mengetuk kepala mangsa berulang kali.

Mangsa melompat dari katil dan cuba melarikan diri.

Sambil menggelar isterinya ‘wanita jahat dan curang,’ Nabil mengejar mangsa di sekitar apartmen mereka di Kaherah.

Dia kemudian menikamnya dengan pisau berulang kali tanpa mempedulikan jeritan anak lelaki mereka dan rayuan mangsa.

Nabil memberitahu polis, selepas membunuh isterinya, dia cuba memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian untuk dimasukkan ke dalam plastik sampah, tetapi pisau yang digunakannya tumpul.

Dia kemudian meminjam pisau pemotong daging tetapi penduduk menghubungi polis selepas melihat tangannya berlumuran darah dan mendengar jeritan anaknya.

Nabil mengakui dia sempat menggunakan kapak untuk memotong mayat isterinya kepada beberapa bahagian.

Akhbar melaporkan Nabil sedang memasukkan keratan tubuh isterinya ke dalam plastik sampah ketika polis menyerbu kediaman itu dan menahannya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment