Home » » Suami Tikam Isteri Berang Buat Pembedahan Plastik

Suami Tikam Isteri Berang Buat Pembedahan Plastik

Sydney: Lelaki warga Lubnan yang menetap di Australia membunuh isterinya selepas wanita itu melakukan pembedahan plastik.

George Tannous

Suspek, George Tannous menikam kepala isterinya dengan gunting sebaik saja isterinya pulang daripada melakukan pembedahan plastik.

George kemudian menyerah diri kepada polis.

Stesen Televisyen Lubnan, MTV, melaporkan Margaret baru pulang ke rumah ketika itu dan melihat suaminya menunggu dengan gunting.

“Dia menikam muka dan kepala isterinya dan berkata, ‘saya akan jadikan awak cantik,’” lapornya.

Keluarga mangsa memberitahu, George sering memukul Margaret sebelum kejadian kelmarin.

MTV yang memaparkan kejadian bunuh yang berlaku itu berkata, laporannya menimbulkan kemarahan keluarga mangsa di Lubnan. -Agensi

0 comments:

Post a Comment