Home » » Presiden Romania Didenda Burukkan Rakyat Sendiri

Presiden Romania Didenda Burukkan Rakyat Sendiri

BUCHAREST, Romania - Sebuah agensi di Romania mendenda Presiden negara tersebut sebanyak AS$185 (RM616) kelmarin kerana didakwa mengatakan rakyatnya malas bekerja dan menyara hidup dengan mencuri.


Bagaimanapun Majlis Kebangsaan Memerangi Diskriminasi enggan mengambil tindakan kerana Presiden Traian Basescu didakwa membuat kenyataan tersebut di luar negara, semasa satu sidang akhbar di Slovenia pada 2010.

Namun, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan sebuah badan bebas dibawah kawalan Parlimen untuk mengambil kes tersebut dan beliau didenda atas tuduhan memburukkan rakyat Romania. -AP

0 comments:

Post a Comment