Seorang jutawan China yang membina piramid Mesir dan replika Versailles berikrar untuk membina bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh hanya enam bulan, walaupun ditentang pihak berkuasa di China atas faktor keselamatan.
Zhang Yue mempunyai kekayaan bernilai kira-kira 1.1 bilion yuan (RM600 juta) bercita-cita besar untuk membina sebuah menara pada ketinggian 838 meter menjelang akhir tahun ini di Changsa, China yang digelar ‘Sky City’.
Ia 10 meter lebih tinggi berbanding bangunan tertinggi semasa, Burj Khalifa di Dubai yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Bagaimanapun, beliau mengakui projek itu menghadapi tentangan sengit.
“Tidak ramai orang yang menyokong kami. Terdapat terlalu ramai orang yang dengki,” kata Zhang kepada AFP.
Zhang, 53, mencipta kekayaan menerusi perniagaan pendingin hawa dan merupakan usahawan pertama China yang memiliki helikopter peribadi.
Ketika ini, beliau sedang berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai pejuang alam sekitar.
Oleh itu, beliau melihat penghijrahan beratus juta penduduk desa China ke bandar sejak beberapa dekad lalu bukan sahaja membantu meledakkan ekonomi tetapi turut mempunyai kesan negatif terutamanya berkaitan alam sekitar.
“Kita perlu mengatasi segera masalah urbanisasi yang tidak sihat ini,” katanya sambil menyifatkan Sky City yang menggunakan bahan-bahan penjimatan tenaga dan penggunaan tanah minimal sebagai salah satu cara mengatasi masalah tersebut.
Syarikat Zhang, Broad Sustainable Building berjaya membina sebuah hotel 30 tingkat dalam tempoh hanya 15 hari di tengah bandar Changsha di China.
Sebuah video tentang proses pembinaan hotel itu telah ditonton lebih lima juta kali di Youtube. Ia menunjukkan konkrit dan logam diatur seakan-akan seperti set Lego raksasa.
“Matlamat kami bukan untuk membuat duit. Apabila anda mula sedar tentang alam sekitar, wang tidak lagi bermakna,” katanya yang berkaki ayam ketika ditemui di tingkat atas hotelnya.
Penganalisis Laporan Hurun (senarai orang kaya China), Rupert Hoogewerf menyatakan, Zhang menolak penggunaan helikopter kerana bimbang ia membawa impak kepada perubahan iklim sekali gus menyifatkan Zhang sebagai aktivis alam sekitar.
Replika Istana Versailles Perancis yang direka isteri Zhang yang dicadangkan untuk menjadi akademi filosofi alam sekitar kini berfungsi sebagai ruang pameran lukisan dari Korea Utara.
Berdekatan pejabat Zhang, para pekerja sedang sibuk mengumpil dan memasang bahagian-bahagian pasang siap bangunan. Zhang yakin kaedah yang digunakan itu tidak akan membawa sebarang masalah terhadap pembinaan Sky City.
“Kami akan menyudahkannya pada Disember ini. Saya juga boleh membuat bangunan yang lebih tinggi,” katanya.
Pembinaan dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas, tetapi pembinaannya digantung serta-merta. Media negeri itu melaporkan, pihak berkuasa Changsha mengarahkan pembinaan dihentikan kerana ia tidak mempunyai permit yang sah.
Seorang pakar kejuruteraan bebas memberitahu, konsep Sky City mempunyai pelbagai masalah antaranya, reka bentuk lif, pintu kecemasan kebakaran dan kemampatan fizikal disebabkan oleh berat monumental bangunan yang siap dibina.
Para peserta ‘ketawa’ apabila pertama kali mendengar pembentangan rancangan Zhang pada mesyuarat badan yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Urban (CTBUH), kata pengarah struktur di firma kejuruteraan Laing O'Rourke, David Scott.
“Sekarang mereka sedar ia satu tawaran yang serius. Saya tidak kata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi jika dirancangkan dengan betul, ia akan berfungsi.” kata Scott.
Ukuran kalis gempa bumi di China untuk bangunan pencakar langit adalah antara syarat yang paling ketat di dunia antara dugaan yang perlu dihadapi Zhang.
Di hotel, Zhang yang pernah belajar dalam bidang seni dan bekerja sebagai pereka hias dalaman pada awalnya menayangkan telefon pintar syarikatnya yang berbentuk seperti telur. Alat itu boleh mengukur tahap pencemaran udara kecil dikenali sebagai PM2.5.
Ia merupakan salah satu usahanya untuk menunjukkan kualiti udara sempurna di dalam bangunan miliknya, walaupun demonstrasi itu disukarkan oleh asap rokok yang baru dihisapnya.
Pencemaran merupakan isu panas di China, tetapi Zhang merasakan dirinya menjadi mangsa dan salah faham orang ramai.
“Dalam masyarakat ini, jika anda cuba untuk melakukan sesuatu yang baik, tiada sesiapa akan percaya. Masyarakat tidak mempunyai kepercayaan asas, dan melihat segala-gala perkara yang baik sebagai buruk,” katanya.
[Sumber]

0 comments:
Post a Comment