Home » » Bapa Kahwin Anak Ditahan

Bapa Kahwin Anak Ditahan

Sydney: Bapa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan di sini kemarin kerana didakwa membenarkan kanak-kanak itu berkahwin dengan lelaki yang 14 tahun lebih tua.

Gambar hiasan.

Anggota unit penderaan kanak-kanak mendakwa lelaki berusia 61 tahun itu atas tuduhan membiarkan hubungan seksual dengan kanak-kanak dan membenarkan kanak-kanak di bawah 14 tahun melakukan kegiatan seks haram.

Bapa kanak-kanak terbabit, saudara baru dan rakyat Australia tidak dibenarkan diikat jamin.

Lelaki yang bakal menjadi menantunya, warga Lubnan berusia 26 tahun itu turut ditahan.

Sementara perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak masih meluas di beberapa bahagian dunia, usia minimum untuk berkahwin di Australia ialah 18 tahun.

Rabu lalu, seorang ulama keturunan Pakistan di negara itu didakwa melakukan 25 kesalahan seks ke atas kanak-kanak kerana menjalankan perkahwinan secara haram. - Agensi

0 comments:

Post a Comment