JAKARTA - Gara-gara tidak dapat menerima hakikat suaminya bernikah lain, seorang wanita menggunakan khidmat seorang pembunuh upahan untuk membunuh suaminya.
Kemarahan Saodah, 43, terhadap suaminya, Mustain, 44, kerana berkahwin lain, tidak dapat dibendung apatah lagi selepas mengetahui madunya itu sedang hamil tujuh bulan dan suaminya membelikan sebuah rumah baru untuk isteri mudanya.
Saodah sangat kecewa dengan sikap suaminya, yang bekerja sebagai penjual besi buruk, yang mengabaikan kebajikan dirinya serta tidak memberi nafkah kepada tiga orang anak mereka.
Kerana terlalu kecewa dan marah, Saodah bertindak nekad mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh suaminya.
Saodah menghubungi abang iparnya, Hasun yang kemudian mencadangkan kepada Saodah supaya menggunakan khidmat seorang pemuda bernama Panidi, 34, yang selama ini menjaga rumah wanita itu di kampung halamannya di Gresik, Jawa Timur.
"Panidi mengaku dia dibayar sebanyaj Rp4 juta (RM1,114) oleh Saodah. Selain itu, biaya hidup dia selama di Jakarta juga akan ditanggung oleh Saodah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Jakarta Utara, Daddy Hartadi.
Mustain yang sedang tidur dikejutkan oleh Saodah dengan alasan ada orang mahu membeli besi buruk, lalu segera bangun menuju ke bilik mandi untuk membasuh mukanya.
Di bilik mandi, Panidi yang menyusup ke dalam rumah itu ketika mangsa sedang tidur terus memukul Mustain beberapa kali menggunakan kayu.
Panidi juga dilaporkan berdiam diri untuk seketika sambil menghisap rokok sementara menunggu Mustain benar-benar mati.
Selepas yakin Mustain sudah tidak bernyawa, Panidi meninggalkan tempat kejadian sebelum menghilangkan diri ke Lampung selama sepuluh hari.
Saodah pula meninggalkan rumah sebaik-baik suaminya masuk ke bilik mandi dan kembali semula tiga jam kemudian.
Setiba di rumah semula, Saodah berpura-pura menjerit apabila melihat mayat suaminya sehingga menarik perhatian jiran tetangga yang kemudiannya berkejar ke rumah mangsa.
"Saodah mendakwa suaminya jatuh di bilik mandi dan meninggal dunia," kata Daddy.
Panidi mengakui, sebab utama dia bersetuju menerima tawaran membunuh Mustain ialah kerana banyak terhutang budi dengan Hasun.
"Panidi terhutang budi kerana selama hidup di kampung dia sering menerima bantuan daripada Hasun. Oleh kerana itu, apabila Hasun memintanya menghabiskan nyawa Mustain, Panidi tidak mampu untuk menolak, apatah lagi disertakan upahnya,," ujar Daddy.
Kini, Saodah, Hasun dan Panidi terpaksa meringkuk di penjara hasil perbuatan jenayah mereka membunuh Mustain. Mereka kini menanti hukuman mati kerana melakukan pembunuhan itu. -UTUSAN
Gambar hiasan.

0 comments:
Post a Comment