Home » , » Video Jujur Dapat Sejuta LIKES!

Video Jujur Dapat Sejuta LIKES!

Untuk mendapat nama dan popular di laman media YouTube memanglah sukar. Jika anda mahu menjadikan diri anda popular, video anda perlulah tampil berbeza dan istimewa berbanding video yang sedia ada.

C Jackson - YouTube Sir Fedora

Bagaimanapun, bagi seorang budak bernama C Jackson yang menggunakan nama YouTube Sir Fedora hanya menghasilkan satu video mudah dan hasilnya video itu sudah ditonton hampir 1 juta kali.

Jackson pada mulanya begitu gembira dan teruja apabila video pertamanya menerima satu Like dari pengguna YouTube membuatkan dia mahu meminta sesuatu yang lebih besar dari para pengguna YouTube yang lain.

“Boleh tak saya menerima tiga atau lima “Likes”, jika saya berjaya mendapat tiga atau lima, ia adalah sesuatu yang menakjubkan dan saya akan melompat sehingga ke atas bumbung rumah saya,” katanya.

Seorang pengguna Reddit dengan nama Dragonboltz merasakan ia sesuatu idea yang menarik untuk membantu Jackson.

Dalam pos terbarunya di reddit, dia mengajak orang lain turut memberikan Likes dan juga meminta mereka mengikuti saluran YouTube Jackson iaitu Sir Fedora.

“Ada seorang budak pelik, buat video sebab dapat 1 Like di YouTube, apa kata anda berikan sedikit “Likes” dan juga klik “Subscribe” pada salurannya dan kita tengok reaksinya bagaimana,” katanya.

Kerana permintaannya yang jujur, dalam masa beberapa jam sahaja Jackson mendapat kira-kira 60,000 Likes dan diikuti lebih 23,000 akaun Youtube yang lain.

Daripada komen yang diterima Jackson, kebanyakan mereka yang memberikan komen mengucapkan tahniah kerana remaja itu menghasilkan video dengan penuh kejujuran tanpa ada lakonan seperti berlagak cantik atau segak semata-mata demi menarik peminat.



Video pertama (atas) yang dihasilkan Jackson yang menerima 1 Like sehingga menyebabkan dia menghasilkan video kedua (bawah) yang meminta pengguna YouTube memberikanya tiga atau lima Likes. Video kedua itu kini telah ditonton 927,046 kali.



Kemudian, Jackson menghasilkan video menunjukkan rasa gembiranya apabila menyedari dia mendapat ribuan Likes hanya kerana video jujurnya itu.



Kalaulah dia tahu yang cerita mengenainya masuk ke dala laman Beritaluarbiasa, apa pula reaksinya agak-agak.. [Sumber]

0 comments:

Post a Comment