Home » » Dihalau Keluarga Akibat Penyakit Ganjil

Dihalau Keluarga Akibat Penyakit Ganjil

Jawa Timur – Seorang wanita yang ditumbuhi tumor di seluruh badan, terpaksa keluar dari kampungnya selepas keluarganya sendiri menghalaunya akibat penyakit berkenaan.

Sarotin, 46

Sarotin, 46, telah menghidap neurofibromatosis sejak tiga tahun lalu.

Sebahagian mukanya dipenuhi tumor yang besar manakala bahagian badannya yang lain ditumbuhi tumor kecil.

Disebabkan dia yang juga ibu tunggal tidak mempunyai wang untuk membuat rawatan, maka tumor semakin bertambah.

Meskipun ramai orang yang menghidap penyakit itu mewarisinya daripada ibu atau bapa mereka, namun 50 peratus daripada pesakit menghidapnya akibat mutasi gen ketika dilahirkan.

Bukan Sarotin sahaja yang menghidapnya, malah seorang lagi penduduk di Jawa Timur, Slamet juga menghidap penyakit sama.

Mujurlah ada jiran yang baik hati yang sanggup membuka akaun Facebook bagi tujuan mengutip derma.

[Sumber]

0 comments:

Post a Comment