Oslo: Kanak-kanak Norway yang memberitahu polis bahawa dia orang kerdil yang lupa membawa lesen memandu ketika ditahan memandu kereta ibu bapanya minggu lalu, melakukan perbuatan itu sekali lagi.
Kali ini, kanak-kanak berusia 10 tahun itu memandu kereta ibu saudaranya dari Fagernes ke Tonsasen, perjalanan sejauh 40 kilometer sebelum ditahan, kata ibu bapanya.
Dia sudah memandu sejauh 17 kilometer apabila ditahan.
“Dia memandu kereta adik saya.
Kunci kereta berada di dalam, memudahkannya untuk membawa kereta itu,” kata ibunya.
Selepas ditahan tempoh hari, dia berjanji untuk tidak melakukan perbuatan itu lagi tetapi nampaknya godaan terlalu besar buatnya.
“Dia kanak-kanak yang sukakan cabaran dan keseronokan,” kata ibunya.
Kanak-kanak itu mencetuskan kegemparan minggu lalu apabila membawa bersama adik perempuannya yang berusia 18 bulan di dalam kereta ibu bapanya ketika mereka masih tidur.
Dia memandu dari kediamannya di Dokka untuk membawa adiknya ke rumah nenek mereka di Valdres, 59 kilometer dari kediaman mereka. -Hmetro

0 comments:
Post a Comment