Home » » Bayar Bil Restoran Guna Not $1 Trilion!

Bayar Bil Restoran Guna Not $1 Trilion!

Polis wilayah Sumter di South Carolina, Amerika Syarikat dipanggil oleh pengurusan sebuah restoran selepas menerima laporan seorang lelaki cuba membayar bil restoran itu menggunakan not $1 Trilion Dolar Amerika.


Insiden itu berlaku di Restoran Applebee di Broad Street pada kira-kira pukul 1 petang 14 Februari lepas.

Pada mulanya, lelaki itu Michael William, 53 tahun, cuba membayar bil di restoran itu dengan kad debit tapi ia ditolak sistem pembayaran elektronik, kemudian dia menghulurkan not $1 Trilion terbabit.


Ketika polis sampai, lelaki itu ditahan tetapi atas dakwaan tidak berkaitan iaitu penghinaan kepada sebuah Mahkamah Masjisret.

Kini, Jabatan Polis Wilayah Sumter sedang menyiasat kes penyerahan not bernilai $1 Trilion itu. -Mynewshub

0 comments:

Post a Comment