Home » » Jadi Terkenal Selepas Disangka Pemegang Watak Utama Opera!

Jadi Terkenal Selepas Disangka Pemegang Watak Utama Opera!

San Francisco – Dalam sekelip mata, jurugambar Helena Price menjadi sensasi di Brazil, semuanya kerana disalah anggap sebagai pemegang watak wanita utama dalam drama opera di Brazil.

Helena Price

Dalam drama itu, Em Familia itu, terdapat watak wanita yang bernama Helena, yang dilakonkan oleh Bruna Marquezine.

Namun peminat tetap memuja Price, yang langsung tidak mempunyai wajah yang sama dengan pelakon tersebut.

Selain menjadi sensasi media sosial di Amerika Selatan, peminat juga menggunakan kaedah photoshop wajah Price dalam poster drama opera berkenaan.
Sejak Isnin lalu juga, Price yang berusia 26 tahun itu dihujani beribu-ribu tweets daripada peminta Em Familia.

Biarpun pada mulanya Price terkejut dengan keadaan itu, namun dia kini mula menikmati kemasyuran berkenaan dan mula membalas mesej twitter itu sebaik mungkin meskipun dia tidak boleh berbahasa Portugis.

“Ramai yang memberitahu saya bahawa siri drama itu akan diteruskan selama lapan bulan lagi, jadi saya rasa kegilaan ini tidak akan berakhir dengan segera,’’ katanya.

Jelas Price, dia sekeluarga tertanya-tanya kenapa dia mendapat perhatian seperti itu, namun semua itu disifatkan sebagai kelakar.

[Sumber]

0 comments:

Post a Comment