Home » » Beethoven Jepun Boleh Mendengar Semula

Beethoven Jepun Boleh Mendengar Semula

Tokyo: Seorang komposer dikenali sebagai “Beethoven Jepun” semalam berkata, dia sudah memperoleh semula deria mendengarnya.


Dia berkata demikian seminggu selepas mencetuskan kejutan apabila mengakui menggunakan khidmat ‘penggubah hantu’ untuk menggubah lagu atas namanya.

Mamoru Samuragochi, pemuzik klasik yang mula meraih kemasyhuran sebagai genius yang memberi ilham kerana dapat menghasilkan lagu walaupun cacat pendengaran.

Samuragochi berkata, dia kehilangan deria mendengar ketika mula membayar profesor sambilan sebuah universiti untuk menggubah muzik untuknya selama 18 tahun.

Bagaimanapun, dia berkata kelmarin, keadaan pendengarannya semakin baik.

“Baru-baru ini, saya sudah mula mendengar sedikit,” katanya.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu dia dapat mengikuti perbualan dalam keadaan tertentu. -AFP

0 comments:

Post a Comment