Los Angeles: Peguam Tom Cruise semalam mencemuh kes saman AS$1 bilion (RM3.32 bilion) yang mendakwa penerbit filem mencuri hasil kerja seorang penulis skrip bagi menerbitkan filem blockbuster “Mission: Impossible”.
Timothy Patrick McLanahan mendakwa filem 2011 “Mission: Impossible Ghost Protocol” itu diterbitkan berdasarkan skrip ditulisnya pada 1998 bertajuk “Head On” yang gagal menembusi Hollywood.
Menurutnya dia menyedari skrip filem terbabit ditulis semula dan diterbitkan secara haram ketika menonton filem berkenaan.
Bagaimanapun peguam Cruise, Bert Fields menolak dakwaannya.
“Tom Cruise tidak pernah mencuri apa pun daripada sesiapa. Kes saman aneh terhadap 13 individu ini akan ditolak mahkamah,” katanya. -AP

0 comments:
Post a Comment