Home » » Wanita Terima Padah 'Penjarakan' Kucing

Wanita Terima Padah 'Penjarakan' Kucing

Gara-gara 'memenjarakan' keenam-enam kucingnya, seorang warga emas dilarang memelihara haiwan peliharaan selama 15 tahun dan dikenakan perintah berkurung selama 16 minggu bermula jam lapan malam hingga tujuh pagi oleh Mahkamah Majistret Wigan.

Janet Latheron

Janet Latheron, 60, dari Atherton dekat Wigan didakwa mengurung kesemua kucing peliharaannya dalam sebuah bilik kotor seperti penjara.

Difahamkan, penganiayaan ke atas haiwan itu terbongkar selepas pegawai Pertubuhan Diraja Membasmi Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) melakukan pemeriksaan mengejut ke kediamannya dan mendapati
keadaan bilik kurungan tersebut sangat menjijikkan selain baunya cukup memualkan perut.

Menurut mereka, permukaan lantai yang dipenuhi najis, berenga, bangkai lalat dan sisa makanan menyebabkan kesemua haiwan tersebut terpaksa bersesaksesak di atas sebuah meja kecil.

"Keadaan terbabit menyebabkan keenam-enam kucing itu terkena jangkitan kronik. Hasil siasatan awal kami mendapati, kesemua haiwan peliharaan Latheron telah berada dalam situasi seperti itu sejak tiga tahun lalu," kata jurucakap RSPCA.

Difahamkan, kesemua kucing tersebut kini dirawat dan ditempatkan di pusat perlindungan haiwan di bawah pertubuhan terbabit. -DailyMail

0 comments:

Post a Comment