Home » » Tukar Nama Selepas Kalah Pertaruhan

Tukar Nama Selepas Kalah Pertaruhan

New Zealand – Pernahkan anda mendengar nama Full Metal Havok More Sexy N Intelligent Than Spock And All The Superheroes Combined With Frostnova?

Full Metal Havok More Sexy N Intelligent Than Spock And All The Superheroes Combined With Frostnova

Ia adalah nama seorang lelaki dan dia terpaksa menggunakan nama berkenaan selepas kalah dalam satu pertaruhan dengan rakannya.

Selepas lima tahun memohon untuk menggunakan nama itu, akhirnya Frostnova diberikan kebenaran dan boleh memperbaharui pasportnya dengan menggunakan nama tersebut.

Namun jika Frostnova tidak gembira dengan nama berkenaan, dia boleh menukar kembali nama itu pada bila-bila masa dan hanya perlu membayar wang pendaftaran sebanyak $127.

Proses pertukaran nama itu akan mengambil masa selama lapan hari.

Baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran New Zealand telah menolak pendaftaran nama King, Princess, Majesty, Knight, Justice, Anal, Mafia No Fear, Lucifer, V8, 89, full stop dan *.

Pada 2008, New Zealand telah menolak nama yang diberikan oleh sepasang suami isteri untuk anak mereka iaiti 4Real Superman kerana mengandungi digit.

Budak itu akhirnya diberi nama Superman. -Mynewshub

0 comments:

Post a Comment