Manila: Seorang Datuk Bandar di Filipina dikecam hebat badan hak asasi kerajaan, apabila memaksa seorang lelaki berjalan di khalayak ramai dengan tanda bertulis dia mencuri ikan.
Tindakan berkenaan turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang diluahkan di laman sosial.
Dalam klip yang disiarkan televisyen ABS-CBN dan dimuat naik ke laman YouTube, lelaki tidak dikenali itu diikat tangannya ke belakang dengan beg ikan kering tergantung pada simpulan ikatan dan poster bertulis ‘Saya pencuri’ dilekatkan pada bahagian depan bajunya.
Sekumpulan lelaki dikenali rangkaian itu sebagai kakitangan keselamatan kerajaan tempatan ketawa dan mengejek lelaki berkenaan, memaksanya melutut di depan penjual ikan dan meminta maaf.
“Memang jelas berlaku pencabulan hak asasi manusia. Walaupun lelaki terbabit tidak dicederakan secara fizikal, namun dia dilayan secara tidak bermaruah dan dihukum secara psikologi.
“Hanya mahkamah boleh menentukan kesalahan dan hukuman,” kata ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Loretta Ann Rosales.
Beliau berkata, Datuk Bandar Thony Halili, perlu disiasat kerana salah guna kuasa kerana peranannya dalam mengarahkan kempen memalukan itu. -AFP
Gambar hiasan.

0 comments:
Post a Comment