Home » » Lari Dari Rumah Tapi Tuntut Wang Saku

Lari Dari Rumah Tapi Tuntut Wang Saku

Seorang ketua kumpulan sorak meninggalkan ibu bapa dan rumah dua hari sebelum berusia 18 tahun tetapi mahu ibu bapa terus membiayai yuran pengajian dan memberikan wang poket kepadanya.


Permohonan dibuat Rachel Canning di mahkamah keluarga New Jersey bagaimanapun gagal selepas hakim memutuskan, ibu bapanya iaitu Sean dan Elizabeth tidak perlu membayar tuisyen sekolah tinggi, memberikan duit belanja mingguan mahu pun apa-apa sokongan kewangan kepada Rachel.

Bagaimanapun, keputusan sama ada mereka perlu membiayai tuisyen kolejnya ditangguhkan hingga bulan hadapan.

Hakim menyatakan, sekiranya disokong kes sebegini ia boleh memberi idea kepada lebih ramai remaja untuk melawan ibu bapa, keluar dari rumah kemudian meminta sokongan kewangan seperti biasa.


Hakim turut membacakan teks mesej Rachel kepada ibunya berbunyi, “I wanna s— all over your face” dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima.

Ketika keputusan dibacakan Rachel memandang kosong ke depan manakala ibu bapa yang menyifatkan Rachel sebagai anak yang terlebih dimanjakan beberapa kali menitiskan air mata.

Rachel menuntut ASD650 (RM2120) seminggu sebagai wang sara hidup dan bagi membayar tuisyen di Sekolah Tinggi Morris Catholic.


Ibu bapanya menyatakan, mereka bingung mengapa anak sulung mereka itu memilih untuk bebas berbanding hidup bersama keluarganya sedangkan Rachel tidak pernah dimarahi dengan teruk atau dipukul malah sudah diberitahu pintu rumah sentiasa terbuka untuk dia pulang semula.

Mereka menyatakan, Rachel seorang yang malas membuat kerja, gemar memberontak dan beberapa kali ingkar perintah keluar rumah yang dikenakan padanya sedangkan mereka menjaganya dengan baik, termasuk membantu masalah tabiat makan tidak baik yang pernah dihadapi Rachel dan menghantarnya ke sekolah swasta.

Rachel bagaimanapun berkeras, dia keluar dari rumah kerana tidak tahan didera ibu bapanya.


Rachel kini tinggal di rumah keluarga kawan baiknya yang membayar kos peguam bagi pihaknya.

Sumber: METRO UK

1 comments: