Home » » Bunuh Ibu Bapa Bosan Diherdik

Bunuh Ibu Bapa Bosan Diherdik

Bangkok: Seorang remaja yang mendakwa adiknya membunuh ibu bapa mereka sebelum membunuh diri, semalam mengaku membunuh ketiga-tiga mereka kerana bosan diherdik setiap hari.

Bunuh Ibu Bapa Bosan Diherdik

Suspek yang hanya dikenali sebagai Somchai, 19, kini ditahan untuk siasatan di Balai Polis Pratunam Chulalongkorn.

Polis menemui mayat tiga beranak terbabit di Pathum Thani awal pagi Ahad lalu dengan setiap seorang mempunyai kesan tembakan di kepala.

Suspek berkata, dia yakin adiknya - yang berusia 16 tahun - bertanggungjawab membunuh ibu bapa mereka sebelum membunuh diri kerana bosan diperkecilkan.

Ketika kejadian, kata suspek, dia tidak sedar dan hanya mengesyakinya ketika berada di universiti beberapa jam kemudian.

Penyiasat kemudian mendapati beberapa keraguan daripada kenyataan suspek serta bukti di tempat kejadian.

Sumber berkata, antara kecelaruan ditemui, pistol 9mm digunakan dalam kejadian itu terjatuh berhampiran tangan kanan adik suspek tetapi semua tembakan dilepaskan dari sisi kiri kepala mangsa.

“Dalam keadaan adik suspek bukan kidal, sangat sukar untuknya membunuh diri dengan melepaskan tembakan dari kiri,” katanya.

Kata sumber, Somchai hanya mengaku melakukan pembunuhan itu kelmarin selepas disoal siasat.

Sementara itu Somchai berkata, dia biasanya menghabiskan masa di sebuah kondominium berhampiran tempatnya belajar di Universiti Srinakharinwirot.

Pada malam Sabtu, katanya, dia menyertai keluarganya makan malam serta minum arak dengan bapanya di rumah.

Kata Somchai, dia bercadang memperkenalkan teman wanita kepada orang tuanya namun dia diarah tidak keluar kerana berbahaya untuknya memandu selepas meminum arak. -Agensi

0 comments:

Post a Comment