Home » » Rejim Zionis Mahu Sekat Laungan Azan

Rejim Zionis Mahu Sekat Laungan Azan

Ramallah: Rejim Israel merancang memperlahankan sistem siar raya di semua masjid di Baitulmaqdis Timur bagi mengurangkan tahap azan dikumandangkan.

Masjid di palestin

Sistem siar raya di Masjid al-Aqsa juga tidak terkecuali jika arahan itu dilaksanakan nanti.

Bagaimanapun pentadbiran masjid di kawasan terbabit mengecam cadangan Israel dan memberi amaran ia tidak dapat diterima sama sekali.

Timbalan Mufti Palestin, Sheikh Ebrahim Awad berkata, Israel tidak berhak campur tangan dalam hal ehwal masjid dan kezaliman terkini dalam masyarakat Muslim di Baitulmaqdis.

“Azan adalah unsur utama dalam ibadah umat Islam dan tiada mana-mana pihak boleh memperlekehnya.

“Cadangan Israel itu mesti dikutuk sekeras-kerasnya,” katanya.

Sheikh Ebrahim berkata, azan hanya dikumandangkan selama beberapa minit dan tidak mengganggu sesiapa pun.

“Israel bukan menyasarkan azan, tetapi pihak berkuasa Masjid al-Aqsa,” katanya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment