Home » » ‘Ulama’ Ditangkap Rakam Video Porno

‘Ulama’ Ditangkap Rakam Video Porno

Bogor: Seorang lelaki yang didakwa ulama ditangkap atas tuduhan membuat rakaman video lucah bersama dua guru, berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun.

2 PNS Hebohkan Puncak

Saeful Sardi Jayadi, 44, menyerah diri kepada polis Sabtu lalu selepas video berkenaan mula beredar di Cisarua, selatan Jakarta.

Lelaki berkenaan akan dibicarakan menurut undang-undang antiporno.

Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam didunia, menguatkuasakan undang-undang ketat antiporno pada 2008.

Saeful dituduh membuat rakaman video enam minit itu di sebuah hotel pada 2011, kata Ketua Polis Bogor, Didik Purwanto.

“Dia menerbitkan video lucah itu untuk koleksi peribadi. Dia boleh dihukum penjara 12 tahun sekiranya didapati bersalah,” kata Didik.

Rakaman berkenaan mula tersebar menerusi telefon bimbit di daerah itu baru-baru ini.

Saeful melarikan diri minggu lalu kerana mengelak daripada ditangkap tetapi kemudian menyerah diri. -AFP

0 comments:

Post a Comment