Home » » Raja Maori Enggan Jumpa Putera William

Raja Maori Enggan Jumpa Putera William

Wellington: Raja Maori di New Zealand menolak untuk bertemu dengan Putera William yang akan melakukan lawatan ke negara itu bulan depan.

Maori-King

Perdana Menteri New Zealand, John Key yang kecewa dengan keputusan itu memberitahu perkara berkenaan semalam.

Key berkata Istana Kensington berharap William mengunjungi Raja Tuheitia di Turangawaewae marae atau tempat pertemuan dalam lawatan putera itu bersama isteri, Catherine dan anak mereka, Putera George pada pada 7 hingga 16 April.

Namun katanya, pejabat Raja Tuheitia menolak tawaran itu dengan berkata, tempoh 90 minit yang di peruntukan untuk pertemuan dengan pemimpin Maori itu tidak cukup bagi untuk majlis protokol yang lebih teratur.

Tetapi Key berkata, tempoh satu setengah jam yang di peruntukan sudah dikira cukup jika dibandingkan dengan jadual diraja yang ketat.

Menurutnya, keputusan Raja Maori itu amat mengecewakan.

“Ia amat mengecewakan kerana saya yakin William akan menikmati keseronokan berada di Turangawaewae,” kata Key, semalam. -Agensi

0 comments:

Post a Comment