Home » » Kes Mahkamah Selesai Guna Bomoh?

Kes Mahkamah Selesai Guna Bomoh?

Nairobi: Ketua Hakim Kenya semalam berkata kes saman mungkin lebih mudah diselesaikan bomoh berbanding mahkamah yang kini terlalu terbeban.

Nairobi ritual

Willy Mutunga menyatakan kebimbangannya terhadap ‘budaya’ baru di negara itu yang melihat orang ramai terlalu tergesa-gesa mahu mengemukakan kes saman di mahkamah sehingga mengakibatkan ribuan kes tertunggak.

“Orang ramai sepatutnya berhenti berkata ‘Jumpa saja di mahkamah’ kerana ini membabitkan proses lama dan mahal.

“Sebaiknya cubalah selesaikan dulu isu itu menggunakan orang tua, rumah ibadat atau jiran sebagai perantara.

“Malah di kampung saya di Kutui juga banyak kali saya berkata lebih banyak kes boleh diselesaikan oleh bomoh saja,” katanya ketika merasmikan bangunan mahkamah baru di wilayah Kiambu, dekat sini. -Reuters

0 comments:

Post a Comment