Home » » MH370: Data Interpol Gagal Kesan Pasport Palsu!

MH370: Data Interpol Gagal Kesan Pasport Palsu!

Antara persoalan terpenting yang sedang berlegar ketika ini ialah bagaimana dua individu yang memegang palsu milik orang lain dapat melepasi kawalan keselamatan di KLIA dalam insiden kehilangan secara misteri pesawat MH370 sejak Sabtu lalu.

MH370 - Interpol

Ini kerana, pasukan polis antarabangsa atau Interpol menyimpan pangkalan data untuk 39 juta dokumen perjalana yang hilang melibatkan 166 negara yang membolehkan pihak berkuasa di lapangan terbang seperti polis, imigresen atau pengawal sempadan memeriksa kesahihan sesuatu dokumen dalam beberapa saat sahaja.

Perkara berkenaan dinyatakan Interpol dalam laman web rasmi milik mereka.

Setakat ini, apa yang diketahui ialah pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi telah hilang pada 1 Ogos 2013 dan kehilangan itu telah pun dimasukkan ke pangkalan data Interpol, lapor agensi berita antarabangsa, Reuters.

Manakala AP pula melaporkan, Interpol mengesahkan tidak ada mana-mana pihak telah melakukan pemeriksaan berhubung pasport hilang di pangkalan data mereka dalam kes melibatkan MH370.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyiasatan sedang dijalankan dan hasil keputusan daripada siasatan itu akan diberitahu kepada orang awam selepas siasatan itu lengkap sepenuhnya.

Kata beliau, tindakan akan diambil terhadap Pegawai Imigresen bertugas yang membenarkan kedua-dua penumpang dengan pasport curi menaiki pesawat MH370.

0 comments:

Post a Comment