Home » » Ejen Rahsia Presiden AS Mabuk Sampai Pengsan!

Ejen Rahsia Presiden AS Mabuk Sampai Pengsan!

Washington: Tiga anggota Perkhidmatan Rahsia yang ditugaskan melindungi Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ketika lawatannya ke Amsterdam minggu ini dihantar pulang kerana mabuk selepas minum sepanjang malam.

US secret service agent drunk
Gambar hiasan.

Malah akhbar Washington Post melaporkan, seorang daripada mereka ditemui pengsan di laluan depan pintu bilik hotelnya.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia Ed Donovan mengesahkan agensi itu menghantar pulang tiga ejen atas masalah disiplin dan mereka kini diberi cuti sementara siasatan dijalankan.

Kejadian memalukan itu berlaku hampir dua tahun selepas skandal pada April 2012 yang melihat 12 ejen Perkhidmatan Rahsia mengupah pelacur selepas minum arak sejurus sebelum ketibaan presiden untuk menghadiri persidangan ekonomi di Colombia.

Kejadian itu terbongkar apabila seorang pelacur berkenaan membuat kecoh berikutan ejen yang menggunakan khidmatnya enggan membayar.

Obama menghadiri persidangan di The Hague selain menemui pemimpin G7 untuk membincangkan krisis di Ukraine.

Dia kemudian ke Brussels untuk lawatan ke ibu pejabat Kesatuan Eropah, selain dijadualkan melawat Rom dan Vatican. -AFP

0 comments:

Post a Comment