Home » » ‘Raja drift’ Disebat 1000 Kali

‘Raja drift’ Disebat 1000 Kali

Riyadh: Mahkamah Umum semalam memerintahkan seorang lelaki berusia 23 tahun dipenjara 10 tahun dan disebat 1,000 kali selain diharamkan memandu seumur hidup kerana beberapa kesalahan aktiviti kereta ‘drift.’

Riyadh King Drift Jail 10 Years

Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dengan hukuman diberikan kerana menganggap lelaki itu patut dihukum bunuh selepas aksinya menyebabkan kematian rakannya.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Raja Kejiranan Nazeem’ berkenaan popular selepas aksinya dimuat naik di YouTube menunjukkan dia memandu kereta, termasuk memandu menentang arah trafik.

Dalam satu video yang dimuat naik menunjukkan dia dan dua rakannya menembak mesingan ke udara pada waktu siang.

Dia juga menyebabkan kematian seorang lelaki terbabit akibat pemanduannya.

Pegawai polis yang melakukan penyamaran menahan lelaki berkenaan pada November dua tahun lalu ketika dia bersembunyi di sebuah rumah di pinggir bandar ini selepas diburu kerana kematian rakannya itu. -Agensi

0 comments:

Post a Comment