Home » » Pembunuh Kejam Menang Kes Saman RM1.4 Juta!

Pembunuh Kejam Menang Kes Saman RM1.4 Juta!

Chicago: Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tujuh orang di sebuah restoran di pinggir bandar itu pada 1993 memenangi kes saman berjumlah AS$451,000 (RM1.4 juta) yang difailkan ke atas seorang pengawal penjara yang didakwa menumbuk mukanya.

James Degorski, 41

Saudara mangsa yang dibunuh lelaki itu mengkritik keputusan juri ke atas James Degorski, 41.

Degorski dihukum penjara kerana menembak dan menikam dua pemilik restoran dan lima pekerja Brown’s Chicken and Pasta ketika cuba merompak restoran itu.

Mayat kesemua mereka ditemui di dalam peti sejuk beku premis itu.

James menuduh pengawal di penjara Cook County menumbuknya dan menyebabkan tulang pipi serta soket matanya patah pada 2002, sebaik selepas ditahan dalam kes pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai paling kejam dalam sejarah Illinois.

“Jika tulang yang patah bernilai hampir setengah juta, berapa pula nilai tujuh nyawa yang melayang di tangannya?

“Ini semua mengarut,” kata adik kepada seorang dari pemilik kedai yang dibunuh, Ann Ehlenfeldt. -AFP

0 comments:

Post a Comment