Home » » Batal Perkahwinan Kerana Nasi Briyani

Batal Perkahwinan Kerana Nasi Briyani

Bangalore: Satu majlis perkahwinan dibatalkan hanya kerana pihak lelaki dihidangkan briyani ayam dan bukannya kambing seperti diminta.

Nasi Briyani

Media tempatan melaporkan, pihak lelaki mengamuk apabila makanan itu dihidangkan sehingga pertikaman lidah dengan keluarga pihak perempuan gagal dikawal.

Perkahwinan yang sepatutnya diadakan di sebuah masjid membabitkan pengantin lelaki yang bekerja di Dubai kemudian dibatalkan walaupun beberapa orang tua cuba meredakan keadaan.

Pihak perempuan kemudian dilaporkan berkata mereka enggan membiarkan gadis terbabit memasuki keluarga seperti itu yang tidak boleh berkompromi langsung walaupun mengenai isu kecil.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat malah pihak polis juga tidak mencampuri kejadian itu berikutan bimbang mengganggu sebarang rundingan antara kedua-dua pihak pada masa akan datang. -Agensi

1 comments:

  1. Thanks for this interesting blog, its very delicious curry. I must say! You're doing a really good job. I became a regular reader of your blog. Please Keep on posting useful blog like this. Also try these websites. Best Andhra Restaurant in Bangalore | Andhra Food Home Delivery in Bangalore

    ReplyDelete