Home » » Cuba Bunuh Diri Gambar Selfie Tak Menarik!

Cuba Bunuh Diri Gambar Selfie Tak Menarik!

London: Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.

Danny Bowman, 19

Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar.

Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.

Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.

Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.

Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya.

“Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.

“Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny.

Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.

“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.

“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya.

Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal.

Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.

Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya. -Agensi

0 comments:

Post a Comment