Singapura: Kos kenderaan dan kemudahan asas yang melambung tinggi serta nilai mata wang yang kukuh menjadikan Singapura bandar raya paling mahal di dunia.
Menurut kajian Tinjauan Kos Sara Hidup Sedunia 2014 yang dilakukan Economist Intelligence Unit (EIU) nilai mata wang Yen yang semakin lemah menyebabkan Tokyo, yang sebelum ini dinobatkan bandar termahal dunia, merosot ke tangga keenam yang diduduki Singapura tahun lalu.
Tinjauan itu yang mengkaji harga 160 produk dan perkhidmatan di 140 bandar raya bertujuan membantu syarikat mengira elaun untuk eksekutif yang dihantar berkhidmat di luar negara.
Kajian itu mendapati, sekatan yang dilakukan Singapura terhadap pemilikan kereta, termasuk mengenakan sistem kuota dan cukai yang tinggi menjadikannya terlalu mahal berbanding lokasi lain untuk memiliki kenderaan. -AFP

0 comments:
Post a Comment