Home » » Kakitangan Amal Poligami Dipecat

Kakitangan Amal Poligami Dipecat

Jakarta: Komisi Nasional Antikekerasan Terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) menyambut baik tindakan Datuk Bandar Surabaya yang memecat kakitangannya kerana mengamalkan poligami.

Poligami

Timbalan Pengerusi Komnas Perempuan, Masruchah berkata, Tri Rismaharini mengambil tindakan yang betul kerana kakitangan awam berikrar untuk tidak melanggar peraturan atau perlembagaan.

“Ia adalah pengajaran kepada kakitangan awam lain supaya mengekalkan keharmonian keluarga masing-masing,” katanya.

Tri Rismaharini memecat 30 kakitangan awam Surabaya pada tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan daripada jumlah itu, beramai ramai dikenakan tindakan berkenaan kerana poligami.

Sesetengah mereka dibuang kerja kerana faktor lain. Namun Selasa lalu Tri Rismaharini berkata, kebanyakan daripada mereka dipecat kerana berkahwin lebih seorang tanpa kebenaran.

“Selebihnya atas kesalahan menyalahgunakan dana kerajaan,” katanya. Sebelum itu, kata Tri Rismaharini, dia sudah mengeluarkan surat amaran tetapi ia tidak diendah kakitangan terbabit. -Agensi

0 comments:

Post a Comment