Jakarta: Amalan khurafat dalam kalangan calon semakin berleluasa menjelang pilihan raya umum Indonesia pada 9 April depan.
Jika sebelum ini ia membabitkan kunjungan ke pusara presiden pertama negara itu, Sukarno, kini yang menjadi tumpuan ialah lawatan ke telaga di bekas tempat pengasingan pemimpin Indonesia itu di Bengkulu.
Seperti yang dilapor akhbar Internet VIVAnews, seorang calon Dewan Perwakilan Daerah dari Bengkulu.
Mohammad Salleh, ditemui di kawasan itu berkata, dia mengharapkan berkat selepas membasuh mukanya dengan air telaga berkenaan.
Dia yang bertambah yakin akan menang dalam pilihan raya itu bukan satu-satunya calon yang berbuat demikian.
“Saya yakin akan menduduki kerusi Parlimen.
Mudah-mudahan dengan berkat air yang pernah digunakan oleh Presiden Sukarno boleh meningkatkan keyakinan diri saya,” kata Salleh.
Dakwaan kononnya air di telaga itu boleh membawa berkat sudah lama diperkatakan masyarakat Bengkulu.
Mereka kerap meluangkan masa untuk membasuh muka atau mencuci kaki dan tangan di telaga berkenaan. -Agensi
Seorang pengunjung mencuci mukanya dengan air dari telaga.

0 comments:
Post a Comment