Home » » Aksi Lagak Ngeri Berani Mati

Aksi Lagak Ngeri Berani Mati

Tiga pelagak ngeri dari Belanda melakukan aksi yang menggerunkan apabila meniti kabel melintasi puncak kawasan pergunungan di Snowdonia, baru-baru ini.

Jacob Hirsch-Holland
Jacob Hirsch-Holland.

Aksi ketiga-tiga rakan itu, Guy Ruyssevelt, 24, Tom Parker, 23, dan Jacob Hirsch-Holland, 26, sempat dirakamkan oleh jurugambar Britain, Ray Wood, 44, yang berpeluang melihat mereka melengkapkan cabaran meniti kabel sejauh 40 meter melintasi Lembah Ogwen di puncak Gunung Tryfan, Wales.

Guy Ruyssevelt
Guy Ruyssevelt.

Malah tidak cukup dengan aksi imbangan badan, seorang daripada tiga rakan terbabit menambahkan lagi kegerunan apabila dia bergayut dalam keadaan terbalik dengan kakinya disangkutkan pada kabel dan kepalanya ke bawah.

Wood berkata, posisi kabel yang dipasang membuatkan gambar yang diambil menjadi menarik kerana lokasi tersebut terletak di puncak Gunung Tryfan yang merupakan kawasan tertinggi di Britain.

Tom Parker
Tom Parker.

Katanya, dia cukup bertuah untuk merakamkan aksi tiga pelagak ngeri itu yang mempunyai banyak pengalaman dalam aktiviti meniti kabel di tempat tinggi.

"Kabel yang digunakan kelihatan memantul dan bergerak-gerak menyebabkan mereka perlu mengimbangi badan dengan baik.

On top of the world
Dipuncak dunia.

"Cuaca juga baik ketika cabaran dilakukan dan saya tidak akan lupakan saat-saat itu yang merupakan sesi fotografi meniti tali paling mengagumkan," katanya kepada Mail Online.

0 comments:

Post a Comment