Home » » Dibuang Kerja Enggan Layan Nafsu Bos

Dibuang Kerja Enggan Layan Nafsu Bos

Dua eksekutif jualan wanita di London, Anna Mazover, 29, dan Diana Nicholl-Pierson, 24, menuntut ganti rugi sebanyak RM545,066 (£100,000) daripada bekas majikan mereka.

Darren
Darren.

Ini kerana kedua-dua wanita tersebut mendakwa mereka telah diberhentikan kerja selepas enggan melayani nafsu seks bos mereka, Darren Scott, 55.

Malah Anna dan Diana juga mendakwa sekiranya mereka bersetuju melakukan hubungan seks dengan Darren, kedua-duanya akan dinaikkan pangkat.

Anna

Anna.

Menurut Daily Mail, disebabkan keengganan melayani permintaan melampau bos, kedua-duanya telah diberhentikan kerja secara serta-merta.

Selain itu, kedua-dua wanita itu juga menyatakan mereka sebelum ini telah banyak diganggu secara seksual oleh Darren termasuk sering mengajak ke kelab tarian bogel.

Diana
Diana.

Namun, Darren membela dirinya dengan mengatakan dia terpaksa membuang pekerjanya itu disebabkan prestasi kerja yang kurang memberansangkan daripada Diana sementara Anna pula dibuang kerja disebabkan sering lewat hadir ke tempat kerja. -Mynewshub

0 comments:

Post a Comment