Home » » Raja Dadah Mati ‘Kali Kedua’

Raja Dadah Mati ‘Kali Kedua’

Mexico City: Seorang raja dadah yang sebelum ini dipercayai dibunuh tiga tahun lalu akhirnya ditembak mati dalam pertempuran dengan pihak berkuasa, semalam.

Nazario Moreno Gonzalez

Jurucakap kerajaan Tomas Zeron berkata, lelaki yang mati dalam kejadian di Michoacan itu dikenal pasti sebagai Nazario Moreno Gonzalez yang juga dikenali sebagai ‘El Chayo.’

“Analisis cap jari menunjukkan 100 peratus dia ialah Gonzales,” kata Zeron.

Ketua Pasukan Keselamatan Awam Kebangsaan Monte Alejandro Rubido berkata, anggota tentera cuba menahan Gonzalez tetapi terpaksa melepaskan tembakan apabila dia melawan.

Akibatnya, Moreno mati serta-merta.

Kerajaan Mexico sebelum ini melaporkan Moreno - ketua kartel dadah La Familia - terbunuh pada Disember 2010.

Namun mayatnya tidak pernah ditemui malah ramai mendakwa melihatnya selepas ‘kematian’ itu.

Dia kemudian dikesan masih hidup dan berterusan mengetuai organisasi jenayah berkenaan. -AFP

0 comments:

Post a Comment