Home » » Cawan Terbaru KFC Boleh Dimakan!

Cawan Terbaru KFC Boleh Dimakan!

Ya, anda tidak tersalah baca. Nampaknya sudah semakin advance tahap kemajuan makanan di zaman serba canggih ini.

KFC

Pernahkah anda berangan untuk memakan terus cawan yang digunakan untuk minum?

Haa, kedengaran macam gila sahaja kan, tetapi inilah hakikatnya.

Baru-baru ini francais makanan segera KFC dilaporkan sedang menaiktaraf menu terbaru hidangan mereka.

Difahamkan mereka telah mencipta cawan serbaguna, yang bermakna selepas diminum, anda boleh terus ‘ngap’ cawan tersebut.

Fuh! Maknanya lebih nilai untuk wang tu…sebab pelanggan pun mesti tambah kenyang lepas makan hidangan beserta cawan sekali ye dak?

Ini juga bermakna, makin kuranglah sampah kan.

Diberi nama cawan Scoffee, cawan yang dicipta boleh terus dimakan ini boleh didapati di beberapa cawangan KFC di United Kingdom sekarang.

Agak-agaknya bilalah cawan Scoffee ini masuk Malaysia?

Faham-fahamlahsajalah, sesetengah kita ni pandai makan minum sahaja, sampah kemudiannya dilempar ke luar cermin kereta jadi cawan jenis ini memang sesuai untuk orang pemalas. Ops!

0 comments:

Post a Comment