Home » , » Bekas Aktres Porno Rusia ‘Dipancung’ Tentera Ukraine

Bekas Aktres Porno Rusia ‘Dipancung’ Tentera Ukraine

BERLIN — Kisah viral menerusi laman Facebook versi Rusia, VKontakte baru-baru ini benar-benar mengerikan apabila seorang jururawat muda yang juga bekas aktres lucah dari etnik Rusia, Sasha Serova maut dibunuh kejam tentera Ukraine.

Sasha Serova

Akhbar-akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, akaun laman sosial itu menggunakan nama Aid fir Donbas dan tidak jelas sumbernya menyiarkan rakaman Serova, bertugas di barisan hadapan dalam konflik berdarah Ukraine dengan puak pemisah Rusia.

Wanita itu yang bakal menyambut hari lahir ke-27 tahun pada bulan depan, dipercayai ditawan tentera Ukraine di timur negara itu lalu diseret ke sebuah khemah askar Ukraine dan dia diseksa teruk sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak.

Meskipun rakaman video aksi ganas itu merujuk mangsa sebagai Sasha Serova, pentadbir akaun tersebut juga menyiarkan foto wajah seorang perempuan cantik berambut gelap dengan sorotan mata yang agak seksi menggoda kepada lelaki ‘miang’.

Ironi, foto itu amat mengejutkan Sasha Grey (dalam bahasa Rusia: Serova), wanita dalam foto tersebut, kerana bekas pelakon pornografi dengan nama glamor Marina Ann Hantzis masih sihat dan kini menetap di California, Amerika Syarikat!

Rupa-rupanya itu adalah propaganda Rusia dan bukanlah rahsia lagi konflik perang saudara di Ukraine menyebabkan stesen televisyen negara itu sering menyiarkan drama bertema polis dengan watak si penjahat biasanya mesti muka orang Ukraine.

Program siri penyiasatan menerusi televisyen Rusia bahkan akhir-akhir ini menggambarkan orang Ukraine sebagai pembunuh, perogol dan pencuri bagi menyaingi propaganda Barat yang selalu memberi imej watak Rusia sinonim dengan karakter jahat.

Serova dalam pada itu hanya menyedari dia ‘mati dibunuh’ setelah melihat lebih 7,000 like dan kira-kira 1,000 komen menerusi laman sosial VKontakte, sebelum bergegas mengirim mesej pencerahan melalui akaun Twitter milik dirinya sendiri.

“Saya mencintai jutaan peminat saya di seluruh Rusia, tetapi propaganda kali ini sudah pergi terlalu jauh,” jelas Serova yang pernah membintangi filem porno terkenal berjudul Nurses mengisahkan aksi ‘panas’ jururawat seksi pada 2009 lalu.

Dia yang telah membintangi 171 filem lucah, malah memenangi banyak anugerah antarabangsa antaranya Best Group Sex Scene pada 2007, Best Oral Sex pada 2008 dan Best Anal Sex pada 2010; nyata amat marah dengan ‘perang saraf’ Rusia itu.

Akhbar berpengaruh Jerman, Die Welt pada 2013 pernah menyiarkan artikel dengan merujuk Serova sebagai ‘wanita paling kotor di dunia’ susulan tindakan beliau bersara daripada industri pornografi global mulai tahun tersebut. —Agensi

0 comments:

Post a Comment